Seramai 19 orang ahli Kelab Kembara UTP telah mengikuti XPDC TRANSLATA. Ini adalah XPDC dari Lata Kinjang ke Lata Iskandar…. Ditemani oleh 2 orang guider, Abang Elen n Abg Man.. Peserta dan rakan-rakan kembarians bergerak dari UTP pada jam 5 petang, sebanyak 2 van dan 4 biji kereta yg meng’eskot’ peserta-peserta ke Lata Kinjang. Jam 7 petang, kami tiba di Lata Kinjang… memandangkan hujan yang agak lebat sebelum kami tiba, air sungai amat deras dan kami membatalkan rancangan untuk tidur di empangan di atas. Jadi, kami pon berkhemah di tapak yang disediakan untuk berkelah dibawah. Mendengar taklimat dari tuan punye tanah, kami berasa kedatangan kami ini amat dialu-alukan. Lebih kurang jam 11 malam, satu rombongan seramai 3 orang tiba dari KL. Mereka adalah Uruk, Mat Yo dan Prawira.
Hari kedua… awal pagi lagi Shahrul yg datang dari Singapore sampai.. aku pon tak sure pukul berapa.. kelihatan juga Abang Yen dan 2 org anak saudaranya yg juga mengikuti expidisi kami ini. Lebih kurang jam 8 pagi, kami memulakan perjalanan kami.. tiada lagi kedengaran lagu ‘ mungkinkah terlewat’ dr abang yen. Berbekalkan semangat yang kental, kami meredah hutan dan jalan balak… lebih kurang 2 jam kemudian, kami tiba di empangan tempat sepatutnye kami berkhemah. Mandi dan sarapan disitu… kami meneruskan perjalanan… pelbagai cabaran yang kami tempuhi… sesat a.k.a x jumpa jalan sebab trek ni dah lama org x guna… pacat yang tersangatlah banyak sehingga ade yg guna parang nak bunuh pacat tu… kaki, tangan, badan.. semua pacat tu nak masok. Dalam seluar, baju, beg… dah x kira… pacat tu main redah jerk… memang perang ngan pacat la… perang gak ngan penyengat yang agak banyak juga. Halangan lain??? Masuk kampong orang asli… mengadap anjing…. Hutan yang banyak buluh, jalan licin, KFC, jalan berlumpur, masuk keluar sungai, semua tu perkara biasa… tetapi kali ni hampir setiap masa trekking atas daun2 kering yang basah… sebab tu la banyak pacat.. ah.. pacat lagi… tengah hari barulah kami jumpa CHECK POINT 1. ada lagi 5 check point sebelum tiba tempat kami akan berkhemah. Sehingga jam 6 petang, kami baru tiba di CHECK POINT 3. kami hampir berputus asa… ada yang dah ‘down’. Melecet. Penat. Dan sebagainya. Atas persetujuan semua peserta dan kebenaran guider, kami membuka tapak khemah berdekatan air terjun yg sangat cantik. Pada malam itu, kami berperang. Berperang dengan agas yg sangat banyak. Kali ni agas x serang perempuan sahaja seperti di V2, lelaki juga kena seranagn agas ni… menggaru la masing2 pada malam itu. Hari ketiga… lebih kurang jam 10 pagi, kami menyambung semula perjalanan kami yang masih jauh. Masih ade 5 checkpoint lagi untuk kami selamat sampai di Lata Iskandar. Perjalanan pada hari ini lebih mudah daripada semalam. Pacat pun semakin berkurangan. Masih ada tapi tak sebanyak semalam. Jalan pon semakin relax. Permatang dan naik turun bukit. Lebih kurang tengah hari, kami terjumpa seorang orang asli yg sedang membaca surat khabar dibawah pondok buatannya. Rupa2nya orang tu adalah abang yen. Heheheh… kami meneruskan perjalanan dan memilih untuk ikot jalan tepi sungai yg risikonya hanyelah batu licin dan perjalanan yang lebih pendek berbanding masuk kembali dalam hutan yg perjalanannya lebih jauh dan berperang dengan pacat lagi. Kami berhenti lunch dan buat pertama kali nye XPDC ade yang bawak daging dalam tin. Berterima kasih kepada Sharul yg sponsor daging dan Md Norq yg buat sambal Bolognese daging, kami lunch dengan kenyang nya. Kami juga ada berhenti di satu kawasan air terjun dimane batu disitu boleh dijadikan gelongsor. Kami pon seperti kanak-kanak bermain2 disitu. Yang bestnyer, pra yang gayat juga ade turun ikot gelongsor air tersebot. Menebus kembali maruahnye tidak turun gelongsor air terjun di Stong. Lebih kurang jam 6 petang, peserta terawal tiba di Lata Iskandar. Kami membersihkan diri sebentar disitu dan berkumpul kembali untuk pulang ke UTP.
Special thanks to Abg Elen, Abg Man dan Abg Yen yang membawa kumpulan kami utk XPDC TRANSLATA ini. Tahniah juga kepada PD yg chomel itu, DKNY @ dk. Kepada assistantnye ZUL yang membawa aweknye, KUNTUM. Kepada MD NOR yang banyak membantu DKNY… kepade peserta2 yg menjayekannye jugak dengan berperang dengan pacat.. IYTAH, AINI, MIRA@miwa, HAJAR, GEDO, PRATOM, AZDI, ATAN, DIN.. yang datang dr KL, MT YO, URUK, PRA.. dari SINGAPORE, SHAROL…. Anak sedare abg yen, DIY n sorg lg aku x sure nm ape….. thx gak yg datang teman kami tidor pada malam pertama, jijo, eni, king, kema, azad dan kawan-kawan (sori..aku x tau name korang).. dan tak lupe juga kepada yang membawa van, KEMA dan KETONG…..
XPDC TRANSLATA…. Menarik… menawan… dan akan dirindui pacat2 nye… tapi untuk pergi sekali lagi… akan difikirkan berkali-kali…
~XOXO~
:: TransLata Expedition Picture :: |